Thursday, November 19, 2015

Kalau Tidak





kalau tidak kerana bintang
takkan bulan terbit tinggi
kalau tidak kerana abang
takkan saya datang ke mari

kalau roboh kota Melaka
papan hijaulah saya dirikan
kalau sungguh bagai dikata
badan dan nyawa saya serahkan

pohon sena dahannya senang
senang patah menimpa perigi
tahun mana bulan yang mana
boleh kita berjumpa lagi

pasang pelita diwaktu senja
biar menyala sampai ke pagi
akhir cakap saya mengucap
boleh kita berjumpa lagi